Friday, March 22, 2019

Tips Road Trip Dengan Anak Kecil


Cuti sekolah datang lagi.Pastinya macam-macam plan dah ada dalam kepala mak mak ni kan?Ada yang plan untuk buat aktiviti bersama anak-anak di rumah,ada yang plan untuk hantar anak ke kem-kem atau kelas kemahiran dan paling ramai pastinya akan pergi bercuti atau pulang ke kampung bersama anak-anak.

Road trip bersama anak-anak,semestinya satu pengalaman yang menarik dan kekal dalam memori anak-anak,tidak kiralah ke mana pun kita pergi.Perancangan yang rapi dan teliti akan menjadikan road trip itu kurang 'drama' anak-anak kecil sepanjang perjalanan.Si ayah yang jadi driver pun akan lebih fokus dengan pemanduan sekiranya semua ahli rombongan baik-baik saja,kan?

Ok,di sini saya nak kongsikan beberapa tips mudah yang boleh dipraktikkan bersama sekiranya anda bakal melakukan perjalanan jauh bersama si kecil.

1.Makanan dan snek



Yang ni paling utama sebab anak kecil memang sekejap sekejap dah rasa lapar.Snek mudah dan berkhasiat seperti buah-buahan yang siap dipotong,buah-buahan kering seperti aprikot kering,kurma,kismin dan kekacang boleh disediakan dalam bekas yang mudah dipegang oleh anak-anak.

Makanan berat seperti nasi dan lauk ringkas boleh juga disediakan untuk dimakan apabila berhenti di R&R nanti.Dah tak perlu beratur nak pilih makanan.Jimat pun jimat sebab nak makan sekeluarga di situ boleh tahan juga harganya.Bagi yang anak ramai,dah tentu banyak dapat jimat bila bawak bekal ni.

2.Air secukupnya


Yang ni pun penting.Saya suka bawa siap dari rumah.Rasa leceh pulak nak turun beli di stesen minyak.Kalau nak mudah lagi,sediakan botol individu,yang botol ada straw tu lebih mudah untuk anak kecil minum.



Untuk driver,boleh sediakan minuman penambah tenaga sekiranya perjalanan melebihi 2 jam.Pastinya Ningxia Red Young Living menjadi pilihan.Goji Berries yang tinggi kandungan antioksidan menjadi booster untuk tenaga berpanjangan sepanjang perjalanan.Takdelah  rasa penat melampau dan asyik nak tertidur saja.Bahaya tu!Peknya yang kecil,mudah dibawa ke mana-mana.Minum bila bila masa yang perlu sepanjang perjalanan.Kalau nak minum awal-awal dari rumah pun boleh juga.Driver perlu kekal alert dan cergas untuk keselamatan semua penumpang yang dibawa.Berhentilah di kawasan rehat yang disediakan setiap 2 jam perjalanan atau sekiranya terlalu mengantuk.

3.Entertainment



Duduk dalam kereta lama-lama tanpa buat apa-apa,mesti bosan kan?Boleh sediakan busy bag untuk anak kecil dan pastikan mainan  itu bersesuaian dengan peringkat umur supaya takda benda yang ditelan pula nanti.Bagi anak-anak yang dah besar sikit,boleh bawa buku atau mainan kegemaran yang boleh dimain di dalam kereta.

Selain daripada itu,kita boleh juga gunakan masa yang panjang tu untuk berbual bersama anak-anak,buat kuiz,menyanyi bersama dan cipta games yang menyeronokkan.Libatkan juga driver untuk turut sama berkomunikasi dengan anak-anak sesekali.Terlalu asyik tengok jalan di depan pun boleh jadi ralit dan hilang fokus juga nanti.

4.Pit stop


Pastikan kita berhenti sesekali untuk buat regangan ringan,turun daripada kereta dan sedut udara segar sekejap di R&R.Anak anak yang duduk terlalu lama di car seat pastinya akan rasa lenguh dan tak selesa.Biar mereka bebas berlari sekejap di kawasan selamat di perhentian dan bolehlah teruskan perjalanan selepas semuanya selesai berehat dan ke tandas.

5.Udara segar


Sesekali sepanjang perjalanan,bukalah tingkap kereta sekejap supaya udara luar boleh masuk.Terlalu lama menutup tingkap dan emmasang aircond menjadikan udara di dalam kereta sudah tidak segar.Keadaan ini tidak bagus untuk driver dan juga penumpang terutamanya anak anak kecil kita tu.Bukalah sekejap tingkap tu ya!

6.Aromaterapi dan essential oil




Hah!Part ni paling best!
Sebagai mak mak yang prihatin,bolehlah bawa essential oil pilihan untuk disebarkan manfaatnya di dalam kereta nanti.Boleh bawa portable diffuser atau boleh saja titiskan essential oil pada bebola kapas dan selitkan saja kat lubang aircond tu.Ya Allah!Memang segar dan tenang sepanjang perjalanan.Pilihan essential oil sangat banyak untuk tujuan ni.Boleh titis lemon,Copaiba ataupun Thieves dengan aroma cengkih yang menyegarkan.Untuk anak-anak,sekiranya nak mudahkan mereka tidur di dalam kereta,boleh sapukan essential oil seperti Peace and Calming,Gentle Baby atau pun yang paling mudah,Lavender.Untuk driver,jangan sapu yang tu,nanti tidur pulak masa bawa kereta!
Pilihan untuk disapu pada si driver ialah Peppermint atau Deep Relief Roll On.Haa..memang cerah mata segar bugar driver tu nanti Insyaallah.



Standby juga beberapa jenis essential oil sebagai kit kecemasan sekeluarga.Kalau perut meragam,dah ada oil yang boleh disapu.Kalau pening pun,boleh sapu oil.Kalau nak mood hapy happy,boleh pilih oil mana-mana yang uplifting,contohnya essential oil dari kumpulan citrus seperti Bergamot dan Orange.

Essential Oil Young Living memberikan pengalaman yang berbeza dan menambah nilai kepada road trip tu nanti Insyaallah.Lebih sernok,lebih segar,lebih ceria dan lebih positif.

Klik sini untuk dapatkan maklumat atau terus beli essential oil pilihan anda.

Rasanya banyak lagi tips yang ada,tapi cukup setakat tu dulu.Nanti kalau teringat lagi,saya tambah kemudian.Anda pun boleh kongsikan tips-tips lain yang selalu dibuat sekiranya buat road trip dengan anak-anak ni.Boleh komen di ruangan komen nanti.Saya teringin nak baca.

Semoga tips ringkas dan mudah yang saya kongsikan ni,bermanfaat untuk semua.Manfaatkan cuti sekolah ni dengan sebaiknya bersama anak-anak tersayang,tak kiralah ke mana pun anda pergi.

Monday, March 11, 2019

Vitaflex Point



Cara menggunakan essential oil adalah pelbagai.Kita boleh pilih untuk inhale terus dari botol,boleh gunakan diffuser atau boleh mendapat khasiat essential oil dengan kaedah sapuan topikal,terus pada kulit.Bila bercakap soal sapuan ni,kat mana sebenarnya kita nak sapu tu?

Paling mudah dan paling selamat untuk sapukan essential oil ialah pada tapak kaki.Kenapaa kenapa nak kena sapu pada kaki ni?

-Pada tapak kaki kita,banyak nerve ends-hujung saraf.Kan selalu kita geli kalau digeletek,digaru di tapak kaki,haa tu menunjukkan banyak saraf di situ,lebih sensitif deria rangsangan pada kulit di situ.Banyaknya hujung saraf di tapak kaki menjadikan essential oil dapat meresap masuk ke dalam sistem badan dengan lebih cepat.

-Tapak kaki tidak memiliki kelenjar sebum.Fungsi kelenjar sebum ialah merembeskan lapisan perlindungan untuk kulit.Jadi,tanpa kelenjar sebum ni,essential oil akan lebih mudah meresap masuk ke dalam kulit tanpa sebarang halangan.

-Kulit pada tapak kaki biasanya lebih tebal berbanding bahagian badan yang lain.Keadaan ini menjadikan essential oil lebih selamat untuk disapu di situ,kurang iritasi kepada kulit,terutamanya apabila menggunakan oils yang bersifat 'panas' dan yang boleh menyebabkan photosensitivity.

ok!Bercakap perihal tapak kaki,biasanya kita sapukan secara begitu saja kan minyak tu?Hari ni saya nak kongsikan berkenaan point vitaflex pada tapak kaki.Kenapa penting kena tahu benda ni?Sebab nanti kita boleh terus sapukan direct ke point penting yang berkaitan masalah apa yang kita nak atasi tu.Memanglah boleh je nak sapu secara random macam tu,tapi dengan ilmu vitaflex ni,khasiat essential oil Young Living ni dapat dioptimumkan.

Apakah maksud Vitaflex Point ni?



Vitaflex maksudnya 'vitality through the reflexes'.Maksud mudahnya ialah  kaedah sapuan oils pada titik tertentu  di tapak kaki yang menghasilkan refleks positif pada tubuh badan.Mudah kan nak faham?

Kat bawah ni saya sertakan rajah yang menunjukkan point penting pada tapak kaki kita,yang boleh digunakan nanti bila nak apply oils di rumah.

teknik urutan vitaflex




Boleh cuba nanti ya!Essential oils yang nak disapu tu bergantung kepada isu apa yang kita alami pada masa tu.Banyak pilihan essential oils Young Living yang insyaAllah boleh membantu meningkatkan kualiti hidup anda,tak kiralah untuk fizikal atau mental.Boleh sembang sembang dengan saya nanti kalau nak tahu lebih lanjut.

Tuesday, March 5, 2019

Oil Cleansing Method

Young Living premium starter kit




Boleh ke cuci muka dengan minyak?

Tak berminyak,tak berlengas ke muka tu nanti?

Jerawat mudah naik tak lepas cuci dengan minyak ni?

Haa..mesti macam-macam soalan kan bermain di fikiran bagi yang tak biasa dengan kaedah ni.Sebenarnya kaedah cuci muka dengan minyak atau panggilan dalam Bahasa Inggerisnya,'OIL CLEANSING METHOD(OCM) dah lama dah wujud.Macam sebutan namanya,OCM ni bermaksud kita menggunakan minyak tertentu yang sesuai untuk kulit bagi tujuan membersihkan kulit.

Kulit kita secara semulajadi mengandungi kelenjar sebum yang bertindak memberi kelembapan kepada kulit.Ia merembeskan minyak semulajadi untuk kulit.Pencuci muka biasa di pasaran,boleh dikatakan semuanya memberi 'jaminan' yang muka akan bebas minyak selepas penggunaan.Ya!Memang benar.Bahan kimia dalam pencuci muka biasa akan 'strip off' minyak semulajadi pada kulit.Kulit yang kekurangan minyak akan mengaktifkan kelenjar sebum untuk merembes lebih banyak minyak bagi melembapkan kulit dan kitaran ini tidak berkesudahan dan keadaan kulit akan menjadi semakin tidak sihat kerana kitaran semulajadinya diganggu.

MITOS :Minyak berlebihan menjadi punca jerawat pada wajah


Minyak semulajadi pada kulit wajah tidak menyebabkan jerawat.Jerawat timbul pada kulit disebabkan banyak faktor lain seperti tabiat pemakanan yang tidak sihat,ketidakseimbangan hormon dan tidak menjaga kebersihan kulit wajah sehingga menyebabkan pori-pori tersumbat.

Jadi,dengan kaedah OCM ini,kulit wajah akan lebih sihat kerana kitaran semulajadinya tidak terganggu dan tidak ada sebarang bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan iritasi kulit digunakan.

Macam mana nak mulakan?

Di sini saya ceritakan step by step bagaimana nak buat OCM ni.

1.Sediakan:

-washcloth(kain lap yang bersih untuk muka)
-air suam
-minyak untuk mencuci muka

2.Mulakan dengan meletakkan minyak yang secukupnya untuk disapu ke seluruh wajah pada tapak tangan.Ingat,kita nak bersihkan muka,bukan nak mandi minyak,ya!Secukupnya,padan dengan saiz muka kita.Tak perlu terlalu banyak sampai berlinang-linang di tapak tangan.Yang saya pernah buat dulu,sebesar duit syiling 50 sen pun dah mencukupi.

3.Sapukan minyak pada wajah kita,buat urutan lembut,macam kita basuh muka guna pencuci biasa tu jugaklah kaedahnya.Pergerakan yang sama,dari dahi,turun ke hidung,tepi-tepi hidung,pipi dan dagu semua tu.Relax,Nikmati urutan tu.Kalau saya,memang kena ada cermin la baru feel nak basuh muka tu.Kalau tak nampak muka,feel dia kurang.Haha.Rasanya ramai begini kot.

4.Langkah seterusnya ialah,rendamkan washcloth tadi sekejap dalam air suam dan kemudian gunakan untuk menyapu wajah kita yang berminyak tadi tu.Biarkan sekejap kain tu atas muka supaya pori-pori terbuka dan release kan segala benda yang terperangkap dalam liang-liang tu.

5.Kemudian boleh terus lapkan dengan washcloth tu.Tadaaaaa!Dah bersih dah muka kita.Ada yang akan basuh dengan air lepas tu.Boleh,takda masalah.Ada yang biar je lepas lap tu,pun takda masalah.Banyak mazhab tentang ni,boleh pilih mana yang sesuai dengan kita.

OCM ni,elok dibuat waktu malam sebelum tidur,sebab semua sel-sel dalam badan kita akan mengalami proses pemulihan masa tidur tu dan kulit pun tak terdedah dengan apa-apa dah waktu malam tu.Esok tu,bangun pagi dah tak perlu buat OCM lagi dah,basuh dengan air biasa pun dah mencukupi dah.


Sekarang nak cerita minyak apa yang sesuai dan biasa digunakan untuk kaedah OCM ni.

Kalau nak ikutkan,ada banyak jenis dan harganya juga mestilah berbeza-beza kan.Tapi kat sini saya nak senaraikan jenis minyak yang mudah dapat,mampu beli dan sesuai untuk semua jenis kulit.

pevoo



Dah tentunya minyak zaitun.Kalau saya,saya guna yang Palestine Extra Virgin Olive Oil yang dalam botol hijau gelap tinggi tu.Minyak ni memang serbaguna.Buat OCM dan rawat kulit dari dalam dengan makan sesudu besar setiap hari.Bagus untuk ibu mengandung,bagus untuk masalah kulit yang lain juga.Boleh beli melalui facebook Ziera Rahman.

Minyak lain yang boleh guna ialah Argan Oil,yang ni mahal sikit.Boleh juga guna Sweet Almond Oil,Jojoba Oil,Grapeseed Oil dan Sunflower Seed Oil.Minyak minyak ni semua,kita boleh gabungkan atau gunakan secara individu,bergantung kesesuaian kulit masing-masing.

premium starter kit young living


Ni ada tips yang best untuk semua.Ianya pilihan,bukan wajib,tapi jika dibuat,akan beri bonus untuk kulit anda.Ada dua pilihan di sini.

1.Anda boleh titiskan essential oil pilihan ke dalam minyak yang digunakan untuk buat OCM tadi.Contoh essential oil Young Living yang baik untuk kulit ialah Frankincense,Lavender dan Copaiba.Kalau beli Premium Starter Kit Young Living tu,semua oils ni ada di dalam tu.Untung kan?
Titiskan dalam minyak zaitun contohnya dan buat step cucian muka seperti di atas tadi.Aromanya yang menyegarkan dan menenangkan buat kita rasa macam duk kat dalam spa,relax,tenang sangat.

2.Kalau anda tak mahu titiskan ke dalam minyak masa proses cucian tu,boleh guna essential oil sebagai Face Oil selepas proses OCM.Cara nak buat face oil saya ada ceritakan dalam post yang lepas,mudah sangat.Gunakan minyak yang sama atau berlainan daripada minyak OCM tadi.Kalau guna minyak zaitun untuk OCM,nak guna minyak jojoba untuk face oil,pun boleh.Titiskan beberapa drop essential oil Lavender/Frankincense/Copaiba atau gabungkan ketiga-tiganya ke dalam minyak pilihan,dan kemudian bolehlah sapukan pada muka,biar semalaman masa tidur tu.

Sebab tu memang berbaloi-baloi beli Premium Starter Kit Young Living ni.Macam-macam boleh buat.Belum masuk bab sabun,bab balm,bab losyen lagi.Haa tu lain kali,kli ni cerita OCM saja dulu.



Yang saya perasan bila lepas buat OCM ni,kulit rasa bersih dan lembut sangat.Rasa tak puas pegang muka sendiri.Haha.Sungguh!Kena cuba dulu baru dapat rasa sendiri.Dan satu nak diingatkan,untuk kulit halus-mulus,glowing berseri ni,bukanlah kerja sehari dua.Janganlah baru sekali buat OCM terus nak dapat kulit cantik.Sabar dulu.Buat dengan konsisten.Jaga pemakanan sekali.Kurangkan gula.Makan sayur lebih.Eat healthy lah konsepnya,sebab apa yang kita makan akan pengaruhi keseluruhan diri kita dan kawal stress juga.Stress memang sentiasa ada tapi cubalah sehabis baik untuk deal dengan stress tu ya.Stress akan kacau hormon kita,semuanya jadi haywire dan mulalah minyak disalahkan dan dituduh jadi penyebab jerawat.

Panjang dah ni.Sampai jumpa lagi nanti.Harap bermanfaatlah tulisan ni untuk semua yang membaca.

Bagi yang berminat nak dapatkan Premium Starter Kit Young Living,boleh terus klik di sini.

Dan bagi yang nak daftar ahli tapi taknak susah susah mesej saya,nak terus buat sendiri,boleh!Lagi mudah urusan.Klik DAFTAR AHLI.Ikut je step yang ada kat situ nanti.Kalau tak faham,tak pasti dan ada nak tanya apa-apa,cara paling pantas nak hubungi saya ialah melalui whatsapp.Klik whatsapp.






Monday, March 4, 2019

Daftar Ahli Young Living



Bagi yang berminat untuk membeli produk produk Young Living dengan harga yang lebih jimat dan seterusnya memulakan 'oil journey' anda dan dapat keistimewaan lain,boleh terus pilih untuk menjadi ahli.Cara-cara daftar ahli sangat mudah.

Boleh terus klik link  di bawah ni dan ikut langkah-langkah yang dinyatakan di situ.

DAFTAR AHLI YOUNG LIVING

Sangat mudah!Daripada situ nanti,anda boleh pilih kit keahlian yang mana yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.Semestinya saya cadangkan untuk memilih set Premium Starter Kit kerana anda boleh buat macam-macam dengan semua oils tu nanti.Memang sangat berbaloi!

Sekiranya perlukan bantuan untuk mendaftar,anda boleh hubungi saya melalui whatsapp.Klik sini.

Wednesday, January 30, 2019

Premium Starter Kit Young Living



Dulu kan,masa mula-mula terjebak dengan Young Living ni,memang blur habis.Tak tau pun nak bermula dari mana.Tapi masa tu memang hajat di hati naaaaak sangat guna essential oil.Masa tu jenuh jugakla duk fikir nak keluarkan duit beli set PSK ni.Masa tu tahun 2017,awal tahun macam tu.Sebab keazaman tu tinggi nak jugak jugak guna essential oil ni,jadi pejamlah mata dan belilah set ni.Masa tu pun terfikir apa lahhh aku nak buat dengan minyak banyak banyak ni?Betul ke tindakan aku pergi beli minyak mahal-mahal ni.Hahahah..banyak betul lah yang bermain di minda masa tu.

Hari yang saya dapat set PSK tu,tersangatlah happy sebab akhirnya dapat juga merasa nak guna essential oil Young Living ni.Buka kotak saja dah semerbak baunya,macam-macam bau essential oil bergabung.Tenang sangat rasa.Sejak daripada tu,memang saya guna betul-betul setiap minyak yang ada dan pastikan duit saya tak lebur macam tu saja.Fully utilize kata omputeh.

Yang sebenarnya hari ni bukan nak cerita kisah silam.Saya nak kongsikan apa yang ada dalam Premium Starter Kit Young Living ni.

Bagi yang baru nak bermula,masih tercari-cari cara nak memulakan perjalanan essential oil anda,memang sangat tepatlah anda terlempar ke blog saya ni.Haha.Ok,,dah dahh.Mari kita mula.

Premium Starter Kit adalah kit keahlian permulaan untuk anda menyertai keluarga Young Living.Nama anda akan didaftarkan bersama butir-butir peribadi yang lain oleh enroller anda dan dengan bayaran sebanyak RM713 tu,anda akan sah menjadi ahli dan dapat kit premium ini.





Jadi,apa yang ada dalam kit ini?


Kit ini mengandungi :

13 botol essential oils
Dewdrop diffuser
EO samples
Ningxia red
Sample bottle
Roller fitment
Business Card

13 botol essential oils di dalam kit ini ialah:


2x lavender
2x lemon

Pan away

Copaiba 
RC 
Frankincense 
Peppermint
Stress Away 
Purification 
Thieves
Digize


Nak buat apa dengan minyak ni semua?Setiap satu ni ada kegunaan dan manfaat yang berbeza.Nak tulis sini amatlah panjang.Nanti buat post khas cerita setiap satu oils tu.Yang pasti,tiap satu oils sangatlah istimewa dan insyaallah dapat bantu selesaikan apa-apa isu yang kita nak selesaikan.


Kenapa kena beli kit ni?


Sebabnya,anda terus jadi ahli dan dapat manfaat ahli dan dapat lebih penjimatan bila nak beli lagi oils lain pada masa akan datang.Anda juga boleh jana pendapatan melalui Young Living ni.Kongsi kebaikan oils Young Living yang anda dah guna bersama orang lain.Mudah bukan?

Bagi yang tertarik nak beli kit permulaan ni,bolehlah terus whatsapp saya di 0182072103.Kalau rajin buka facebook,saya boleh dicari dengan nama Ummu Kausar.Boleh follow saya di situ ya.

x

Thursday, January 24, 2019

Buat Sendiri Face Oil di Rumah




happyoilsquad young living

Ok,sekarang anda dah beli Premium Starter Kit Young Living dan tertanya-tanya,what's next?Ha meh sini nak cerita apa lagi yang boleh dimanfaatkan dengan kit yang telah anda laburkan duit yang bukan sedikit itu.


premium starter kit Young Living


Di dalam Premium Starter Kit(PSK) Young Living,terdapat 3 jenis oil yang sangat baik untuk kulit.Apadia oil yang istimewa sangat  ni?Sebenarnya semua pun istimewa dan pelbagai kegunaannya tapi yang betul-betul khusus untuk kulit ada 3.

Copaiba
Frankincense
Lavender

lavender essential oil Young Living


Kalau sebut Lavender ni ramai dah kenal dan tahu fungsinya yang versatile dan serbaguna ni.Kulit melecet,luka,ruam,jerawat,gatal-gatal,semua boleh sapukan essential oil Lavender Young Living.Semestinya dengan jaminan kualiti Seed to Seal yang mengekalkan keaslian minyak pati tumbuhan lavender tanpa sebarang campuran bahan lain.

Frankincense pula ialah essential oil yang telah digunakan sejak zaman Mesir purba lagi.Juga disebut sebagai Luban dalam bahasa Arab.Minyak mahal ini juga sangat pelbagai kegunaannya dan sangat bagus untuk merawat kulit kering dan membantu kulit supaya lebih sihat dan nampak awet muda,glowing dan cantik berseri.Glowing semulajadi ya,bukan putih pucat.Bukan putih yang kita cari,kita nak kulit yang sihat,bukan?

Copaiba pula diambil nun jauh daripada hutan di Brazil sana dan resinnya diproses untuk menghasilkan essential oil tulen.Copaiba ni selalu terpinggir dalam set PSK ni sebab ramai yang tak berapa tahu kegunaannya.Copaiba bersifat soothing,melegakan kulit yang terdedah pada bermacam-macam bahan dan cahaya matahari di luar.Terlebih cahaya matahari,tanpa pelindung UV,mulalah jeragat timbul sana sini.Warna kulit pun dah jadi tak sekata.


Young Living Essential Oil


Ketiga-tiga essential oils Young Living ni boleh digabungkan bersama ke dalam carrier oil untuk menghasilkan face oil yang selamat untuk kegunaan harian.Dah tak payah beli yang lain dah.Manfaatkan betul-betul segala minyak yang ada dalam PSK tu.Carrier oil yang saya suka guna ialah Palestine Extra Virgin  Olive Oil.Boleh juga guna minyak argan atau jojoba oil.Berapa kerap nak sapu pada kulit muka?Kalau ikut konsep pemulihan sel,seeloknya kita sapu sebelum tidur dan biarkan semua oils tu berkerja keras merawat kulit semasa kita tidur nanti.Tapi kalau rasa kulit terlalu kering di sebelah siang,boleh saja sapukan face oil buatan sendiri ni bila-bila masa yang diperlukan.

Jimat sangat bila dapat buat face oil sendiri ni tau!Kegunaannya pun versatile,bukan untuk sapu di muka kita sahaja.Kalau anak ada ruam atau gatal-gatal di badan,pun boleh gunakan oil ni.Dan bagi mereka yang amalkan teknik mencuci wajah secara Oil Cleansing Method,boleh gunakan face oil ini untuk membersih dan merawat wajah.Teknik OCM ni nanti kita cerita lain kali ya.

Bagi yang nak dapatkan set Premium Starter Kit Young Living atau mana-mana produk Young Living,bolehlah klik di sini.I'm here to assist you.

Wednesday, January 16, 2019

Bisnes Online Dari Rumah





Seronok kan kalau kita boleh berkerja dari rumah.Buat semuanya di rumah.Boleh jaga anak sendiri dan sambil sambil tu boleh juga jana pendapatan sendiri dari rumah.Bisnes online sekarang dah jadi bidang pekerjaan pilihan ramai surirumah terutamanya untuk tingkatkan ekonomi sendiri dan keluarga,bukan lagi satu benda asing dah.

Pengalaman sendiri berbisnes online ni,sesuai dengan jiwa saya dan tak terfikir langsung nak kembali berkerja di pejabat.Impian saya sekian lama ialah nak ada income sendiri dengan cara berkerja dari rumah,anak-anak bebas bermain di depan mata dan dengan income tu,boleh cepat-cepat pencenkan suami ,selesaikan hutang dan seterusnya travel dengan bebas ke mana-mana sekeluarga bila-bila masa saja yang rasa nak travel.Dengan income bisnes juga,nak buat sungguh-sungguh hingga capai financial freedom.Duit bukan segalanya tapi dengan duit kita boleh buat macam-macam.Zaman sekarang semua pun pakai duit.Sebelum nak bantu orang lain,kita bantu diri dulu.Perempuan perlu ada duit sendiri.Lebih independent rasanya bila ada duit sendiri walaupun suami mampu dan wajib tanggung keperluan kita.Banyak yang kita boleh buat dengan duit sendiri.Guna duit sendiri lebih puas rasanya.Ada tak yang ada rasa yang sama macam saya?

Panjang-panjang taip ni sebenarnya nak share lah satu peluang bisnes online.Dengan Young Living,kita bukan sahaja dapat beli essential oil premium berkualiti tinggi,tapi kita juga dapat jana pendapatan melaluinya.Saya ada kawan yang dia memang join Young Living bukan sebab nak guna essential oil atau suka essential oil,dia masuk sebab betul-betul nak bisnes.Lepas dah masuk tu,cuba guna essential oil dan terus jatuh cinta,dengan minyak tu dan dengan peluang bisnes yang Young Living tawarkan.Kawan saya tu dia nak beli tanah sendiri dan sebab tu lah nak cari duit.Dia nampak yang Young Living dapat bagi income yang dia nak tu untuk capai impian dia.

Ya,bisnes mana-mana pun akan ditanya tentang big why-kenapa kita nak buat bisnes tu?Dan saya suka berterus terang saja,big why saya bila-bila masa pun,of course lah sebab nak cari duit.Jangan malu mengaku big why kita yang itu.Tak payah selindunglah.Memang semua yang berbisnes tu nak cari duit untuk diri sendiri dulu dan kemudian barulah boleh tolong orang.

Jadi,untuk yang masih tercari-cari bisnes apa yang sesuai tu,silalah buat kajian sedikit berkenaan dengan Young Living dan peluang yang ditawarkannya.Tak susah pun nak bermula,anda tak perlu jadi peminat oils pun.Masuk je dulu dan dari situ akan nampak peluang hebat yang ada.

Cara nak join mudah saja.


Untuk keahlian Young Living,anda boleh pilih beberapa kit keahlian yang ada.Dengan pembelian kit,keahlian anda secara automatik akan didaftarkan.

Jenis-jenis starter kit Young Living ialah:

Basic Starter Kit

RM200
pos berinsurans RM20
bisnes online dari rumah
Basic Plus Starter Kit

RM357
pos berinsurans RM25

bisnes online dari rumah



Premium Starter Kit

RM713
pos RM30

young living premium starter kit

Bagi yang berminat nak jadi ahli,

1.Boleh terus klik di sini.

atau

2.Boleh mesej saya menerusi whatsapp.Klik whatsapp saya


Kalau nak mesej untuk tanya-tanya dulu pun boleh.Jangan segan-segan tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...